Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-02-12
IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,12 Februari- AmInvest diiktiraf sebagai Inisiatif ESG Terbaik di Anugerah CorporateTreasurer 2024.
Menerusi kenyataan,institusi kewangan itu memberitahu pengiktirafan tersebut menggambarkan komitmennya terhadap alam sekitar,sosial dan tadbir urus (ESG) dan menyerlahkan impak besar syarikat dalam menggalakkan kewangan mampan.
Anugerah berkenaan menggambarkan dedikasi syarikat kewangan itu dalam menerapkan prinsip-prinsip alam sekitar,sosial dan tadbir urus dalam proses-proses pelaburan.
Usaha berterusan itu bukan sahaja memacu prestasi kewangannya yang kukuh,malah turut mendorong impak positif ke atas masyarakat dan alam sekitar.
Pengiktirafan tersebut diberi berdasarkan tiga kriteria iaitu inovasi dan inisiatif dalam tempoh anugerah,impak perniagaan untuk pelanggan dan impak ke atas pembangunan positif pasaran yang lebih luas.