Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-02-14
HaiPress

Gambar kenangan penyampai radio RTM bersama penghuni St Nicholas Home
GEORGE TOWN,14 Februari- Hampir 50 penyampai radio RTM menziarahi penghuni St Nicholas Home yang menempatkan individu cacat penglihatan sempena Hari Radio Sedunia.
Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) RTM Nasaruddin Mutalib berkata program ziarah berkenaan merupakan antara aktiviti tanggungjawap sosial korporat (CSR) yang dirancang sepanjang sambutan Hari Radio Sedunia 2025 di Pulau Pinang.
"Ini sesuatu yang mengagumkan kita apabila mereka mengenali kumpulan DJ RTM. Kita tahu mereka yang mempunyai masalah penglihatan ini merupakan pendengar setia RTM.
"Ini adalah satu program yang amat bermakna bagi RTM sendiri kerana dapat meraikan Hari Radio Sedunia bersama penghuni St Nicholas Home," katanya kepada pemberita di sini.
Pelbagai aktiviti khas termasuk sukanekadiadakan untuk menghiburkan penghuni St Nicholas Home yang turut disertaiPengarah Bahagian Program Radio Saifuzzaman Yusop bersama penyampai radio lain.
Sementara ituPengurus Besar St Nicholas HomeCarmen Chew amat menghargai kunjungan daripada juruhebah RTM.
"Pelbagai aktiviti diadakan di sini,jadi penghuni sangat gembira dengan kunjungan dari RTM. Ramai juruhebah yang datang berbual dengan penghuni di sini dan melakukan aktiviti bersama-sama," katanya.