Fri Feb 21
SPRM akan terus diperkasa sebagai badan bebas dan berintegriti-Anwar
2025-02-14
IDOPRESS
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,13 Februari - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus diperkasa sebagai badan bebas dan berintegriti dalam usaha membina negara yang berwibawa dan bersih daripada rasuah.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata SPRM merupakan antara tunggak utama mempertahankan tatakelola bersih dan berintegriti serta menyelamatkan bangsa dan negara daripada keruntuhan berterusan akibat rasuah.
"Tugas kita sudah bermula dan kita harus pastikan supaya dalam masa singkat,Insya-Allah kita angkat martabat harakat dan darjat negara sebagai negara yang mampu bersih dari salah guna kuasa,rasuah dan saya berikan kepercayaan penuh kepada saudara seperti mana sering saya tegaskan kepada Ketua Pesuruhjaya (SPRM)",katanya demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam SPRM 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam tadi.
Sementara itu,Ketua Pesuruhjaya SPRM,Tan Sri Azam Baki komited berbekalkan sokongan daripada pucuk pimpinan negara mendepani pelbagai cabaran dalam usaha membanteras rasuah di negara ini.
"Kita bukan lagi masa untuk bersedia,tapi kita telah bersedia untuk menghadapi alaf akan datang.
"Dengan iltizam politik daripada Perdana Menteri,saya yakin percaya bukan saja negara kita maju dan berjaya pada masa akan datang dan juga agenda pencegahan rasuah akan menjadi lebih nyata lagi",katanya.