Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-02-17
HaiPress

Foto Hiasan
DUNGUN,16 Februari - Sebutir bom tangan ditemui di kawasan susur keluar Plaza Tol Bukit Besi di Dungun,tengah hari tadi.
Bom tangan berkenaan ditemui seorang pemotong rumput semasa sedang memotong rumput di kawasan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2).
Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata,pemotong rumput berkenaan segera menghubungi talian MERC 999 selepas curiga dengan objek tersebut.
Laluan di kedua-dua arah lebuh raya berkenaan terpaksa ditutup sepanjang 300 meter bagi keselamatan pengguna.
Sepasukan anggota dari Unit Pemusnah Bom,Ibupejabat Polis Kontinjen Terengganu berjaya memusnahkan bom berkenaan pukul 4.00 petang tadi.
Polis kini sedang melakukan siasatan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab meletakkan bom tangan itu di lebuh raya berkenaan.