Kerajaan sokong pelaksanaan penetapan gaji, tarik pelaburan dan wujudkan peluang ekonomi

2025-02-17     HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,16 Februari- Kerajaan akan terus menyokong penetapan gaji yang adil,menarik pelaburan dan mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi.

Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kesemua pelaksanaan langkah itu akan memastikan pertumbuhan ekonomi dirasai oleh semua rakyat.

"Masih banyak yang perlu dilakukan,tetapi kita berada di landasan yang betul.

"Ini tentang rakyat. Tentang pekerjaan,perniagaan,dan peluang yang meningkatkan kehidupan semua rakyat Malaysia," menurut hantaran itu.

Prestasi ekonomi berkembang 5.1 peratus tahun lalu,didorong pelbagai faktor antaranya pelaburan,sektor pembinaan dan perbelanjaan rakyat lebih kukuh.

Menurut Rafizi pertumbuhan yang dicatatkan itu mengatasi Indonesia (5.0 peratus) dan Singapura (4.0 peratus),serta melebihi ekonomi utama seperti China (5.0 peratus),Korea Selatan (2.0 peratus),dan Amerika Syarikat (2.8 peratus).

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.