Pelantikan PETROS urus petroleum dan gas asli Sarawak adalah wajar - Penganalisis

2025-02-18     HaiPress

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,17 Februari- Pelantikan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dalam melaksanakan urus niaga petroleum dan gas asli di Sarawak,disifatkan sebagai satu tindakan wajar.

Pensyarah Kanan Ekonomi,Fakulti Pengurusan Perniagaan,Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan,Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad berkata lantikan itu tidak menjejaskan prestasi dan kelangsungan PETRONAS sebagai syarikat utama negara.

"Kita harus ingat sepanjang PETRONAS menjalankan urus niaga di bumi Sarawak,mereka juga telah memberikan sumbangan dan juga manfaat serta inisiatif-inisiatif yang begitu banyak untuk membantu kepada pertumbuhan ekonomi negeri Sarawak itu sendiri.

Selain itu,memberi kesejahteraan kepada penduduk negeri Sarawak antaranya adalah mereka telah melaburkan hampir setengah bilion terutama dalam sektor pendidikan dengan menawarkan biasiswa,peluang pekerjaan,latihan dan juga program-program yang memberi manfaat kepada Sarawak pada umumnya," kata Dr. Bashir kepada pemberita,hari ini.

Ujarnya,sudah tiba masanya anak syarikat bumi kenyalang itu diberi peluang untuk meneruskan legasi dan yakin PETROS mampu berdiri sendiri dan berdaya saing di peringkat global.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.