Fahmi Fadzil hadiri Mesyuarat OANA ke-54, bengkel AI bakal dianjurkan

2025-02-18     HaiPress

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil (tengah) ditemui pada Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Lembaga Eksekutif (EBM) Pertubuhan Agensi Berita Asia Pasifik (OANA) ke-54

KUALA LUMPUR,17 Februari- Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Lembaga Eksekutif (EBM) Pertubuhan Agensi Berita Asia Pasifik (OANA) ke-54.

Dalam mesyuarat itu,Setiausaha Agung OANA,Zaman Rezakhani mengumumkan bahawa OANA bakal menganjurkan bengkel dalam talian buat pertama kali mengenai teknologi baharu dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk wartawan agensi.

Fahmi Fadzil turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Agensi Berita ANTARA.

Turut hadir,Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi,Datuk Mohamad Fauzi Md Isa Pengurus Editor ANTARA,Teguh Priyanto serta Ketua Pegawai Eksekutif Bernama,Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Majlis makan malam itu diakhiri dengan persembahan tarian daripada Pentarama.

Dalam pada itu,Fahmi menggesa agensi berita untuk memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) bagi menangani maklumat palsu,yang semakin teruk akibat AI dalam era media digital.

Menyedari keperluan untuk ‘melawan api dengan api’,beliau menekankan bagaimana AI digunakan untuk menentang ancaman yang didorong oleh AI dalam keselamatan siber,dengan merujuk kepada organisasi seperti BlackBerry yang menggunakan AI untuk meningkatkan keselamatan digital.

Berkongsikan inisiatif terbaru Malaysia dalam memerangi maklumat palsu,Fahmi berkata kerajaan telah memperkenalkan chatbot AI pemeriksaan fakta ‘AIFA’ untuk memerangi berita palsu di WhatsApp.

Beliau berkata chatbot itu dibangunkan selepas satu tinjauan yang menunjukkan ramai rakyat Malaysia bergantung pada WhatsApp untuk berita terkini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.