Penjara Terengganu sasar 720 banduan dapat peluang pekerjaan

2025-02-18     IDOPRESS

Pengarah Penjara Terengganu,Penolong Kanan Komisioner (PKK) Mohd Nasir Yusof / Foto RTM

KUALA TERENGGANU,18 Februari-Jabatan Penjara Terengganu menyasarkan 720 banduan terpilih atau prospek memperoleh pekerjaan dalam pelbagai sektor pekerjaan pada tahun ini.

Pengarah Penjara Negeri,Penolong Kanan Komisioner (PKK) Mohd Nasir Yusof berkata kira-kira 410 prospek diberi peluang bekerja dibawah 72 majikan pelbagai bidang.

Daripada jumlah itu 60 peratus atau 246 prospek yang dibebaskan bersama masyarakat itu bekerja di sektor perkhidmatan.


Prospek yang terpilih adalah terdiri kumpulan banduan bakal menjalani hukuman Orang Diparol (ODP) dan Orang Bebas Berlesen (OBB) dari Penjara Marang dan Pusat Koreksional Dungun.

"Sekarang ini untuk majikan yang kita ada,kita dapat pengecualian cukai iaitu cukai atas satu prospek. Kalau tak silap saya RM4,000. Ada peluang yang besar. insya-Allah",katanya demikian selepas program sesi libat urus Pejabat Pengarah Penjara Negeri Terengganu bersama majikan,Pertubuhan Keselamatan Sosial PERKESO dan Jabatan Kerja Negeri di Wisma PERKESO di sini.

Hadir sama Pengarah Perkeso Terengganu,Suhara Mustaffa.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.