Banteras kilang e-waste haram, Malaysia komited tidak jadi tempat pelupusan negara maju

2025-02-19     HaiPress

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,Nik Nazmi Nik Ahmad/ BERNAMA

KUALA LUMPUR,18 Februari-Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam sekitar (JAS) komited memastikan Malaysia tidak menjadi tempat transit atau pelupusan sisa elektronik 'e-waste' negara maju.

Menterinya,Nik Nazmi Nik Ahmad menerusi kenyataan berkata,komitmen itu selaras dengan Konvensyen Basel Mengenai Kawalan Pergerakan Merentas Sempadan Buangan Berbahaya dan Pelupusannya.

Jelas Nik Nazmi,sebarang pergerakan rentas sempadan untuk buangan terjadual seperti e-waste memerlukan kelulusan terlebih dahulu.

Ini bermakna pengimportan tanpa mematuhi prosedur itu,dikategorikan sebagai penghantaran secara haram di bawah Artikel 9 Konvensyen Basel.

Justeru,tindakan tegas akan diambil ke atas pengimport yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

Merujuk kilang 'e-waste' memproses kelongsong peluru secara haram di Selangor yang diserbu 15 Februari lalu,Nik Nazmi berkata tindakan penahanan operasi kelengkapan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,telah diambil.

Kertas siasatan untuk pendakwaan juga,akan disediakan.

Dalam pada itu,JAS telah mengambil tindakan terhadap 44 kilang memproses 'e-waste' haram sehingga 31 Disember 2024. Lapan daripadanya,diarah tutup. Manakala 36 lagi dalam proses tindakan perundangan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.