Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-02-19
HaiPress

Foto JPBM Sarawak
SARAWAK,18 Februari- Seorang lelaki maut dibaham buaya ketika menjala ikan di Sungai Nyigu,Bintulu.
Laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO)Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan,mangsa,David Gira,49 tahun dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar menjala ikan di sungai tersebut kira-kira pada pukul 5.30 petang semalam.
"PGO menerima laporan mengenai kes berkenaan dari Balai Polis Bintulu tengah hari tadi selepas laporan dibuat oleh isteri mangsa.
"Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) terus digerakkan menggunakan teknik 'water searching'.
"Mayat mangsa berjaya ditemukan kira-kira 1.8 kilometer dari kawasan mangsa dilaporkan hilang pada pukul 2.30 petang.
"Pemeriksaan oleh pasukan SAR menemukan kesan gigitan reptilia tersebut pada badan mangsa," menurut kenyataan itu.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.