Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-02-20
HaiPress

Exco Kerja Raya,Infrastruktur,Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka,Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer / Foto RTM
JALAN TAMING SARI,20 Februari-RM300 juta diperuntukkan Kerajaan Pusat bagi menaik taraf Jalan Tun Hamzah di Melaka sepanjang 4.5 kilometer.
Menurut Exco Kerja Raya,Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer,naik taraf tersebut melibatkan persimpangan JPJ ke persimpangan Semabok Lebuh AMJ daripada dua Lorong kepada empat lorong.
Katanya,proses reka bentuk projek telah siap sepenuhnya manakala tender untuk pembinaan tersebut akan bermula pada Mei depan.
Manakala kerja-kerja menaiktaraf akan bermula pada November depan dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
”Jadi ini juga menyelesaikan masalah kesesakan di Lebuh Ayer Keroh. Jadi,pengunjung-pengunjung yang hadir ke Melaka melalui Lebuh Ayer Keroh boleh terus masuk ke persimpangan Seri Negeri dan melalui Jalan Persekutuan Lebuh persimpangan depan JPJ terus ke Semabok dan terus ke kawasan Melaka Raya di Banda Hilir.
"Jadi,itu salah satu langkah untuk mengurangkan kenderaan di dalam pusat bandar",katanya demikian selepas menjadi tetamu di Konti MELAKAFM,di sini.
Dalam pada itu,beliau turut memberitahu bahawa peruntukan untuk membina jalan baharu dari Pekan Merlimau Utara ke Kampung Merlimau Pasir (Batu Gajah) sudah diluluskan dengan jumlah RM50 juta melibatkan jajaran projek sepanjang 3.5 kilometer.