Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-02-20
IDOPRESS

Foto RTM
KUALA LUMPUR,20 Februari-Kira-kira 86 institusi dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional(TVET) dilaksanakan Kementerian Pendidikan.
Ini termasuklah Kolej Vokasional.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata,inisiatif tersebut bagi memberi peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menerokai bidang TVET sejajar minat dan kecenderungan masing-masing.
"Ekosistem pendidikan mula berubah daripada pendidikan tradisional yang sama-sama kita ketahui dalam bidang akademik.
"Ia telah menjurus ke arah bidang teknikal kerana kita tahu bahawa pendekatan Kementerian Pendidikan melalui STEM biarpun berjaya,tapi kita lihat minat dalam kalangan pelajar-pelajar itu agak berkurangan .
"Maka jawapannya adalah melalui sistem TVET itu",katanya demikian ketika menjawab soalan tambahan di kemukakan wakil Ipoh Timor Lee Chuan How ketika sesi waktu pertanyaan Menteri.