Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-02-20
IDOPRESS

Menteri Sumber Manusia,Steven Sim / Foto RTM
PUTRAJAYA,20 Februari – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) buat julung kalinya mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Exco-Exco Sumber Manusia Kerajaan Negeri (MEX KESUMA) bagi memperkukuhkan kerjasama dan koordinasi dalam menangani isu-isu sumber manusia.
Menteri Sumber Manusia,Steven Sim berkata KESUMA bertekad untuk mewujudkan satu wadah perbincangan yang menghubungkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan sumber manusia.
"Mesyuarat ini adalah komunikasi dua hala di mana KESUMA berkongsi maklumat,kajian serta dasar yang ada supaya Exco-Exco Sumber Manusia kerajaan negeri boleh menggunapakai insentif dan dasar ini dalam operasi serta pengurusan sumber manusia di peringkat negeri," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan MEX KESUMA,di sini,hari ini.
Menurut Sim,mesyuarat itu turut membincangkan isu-isu penting seperti pembangunan latihan kemahiran,penguatkuasaan hak pekerja,keselamatan dan kesihatan pekerjaan,hubungan perusahaan,kesatuan sekerja serta perlindungan sosial.