Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-02-20
IDOPRESS

Dr Wang Huiyao
MUNICH,20 Februari- Kepengerusian ASEAN 2025 berpotensi menjadi penghubung dalam hubungan antara China dan Amerika Syarikat (AS).
Presiden Pusat China dan Globalisasi (CCG) Dr Wang Huiyao berkata Malaysia berpeluang memperkukuh kerjasama ekonomi,keselamatan,dan transformasi digital antara kuasa besar dunia sekali gus memastikan kestabilan di rantau ini disokong landskap geopolitik yang semakin kompleks.
"Saya rasa ASEAN bukan sahaja sebuah kuasa ekonomi yang sedang meningkat,tetapi juga merupakan bahagian penting dalam dunia multipolar (blok Eropah Barat,negara Pasifik dan Asia Tenggara). ASEAN mempunyai negara-negara besar seperti Indonesia,Malaysia,Vietnam,dan Thailand,dengan populasi yang besar.
"Apa yang saya ingin lihat adalah ASEAN terus memperkukuh dan memperdalam kerjasama ekonomi dengan China,serta mengetepikan perbezaan-perbezaan kecil," katanya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual eksklusif bersama RTM selepas Persidangan Keselamatan Munich 2025 di sini.
Beliau turut mencadangkan agar negara Asean mengadakan sidang kemuncak trilateral antara Asean,China,dan Amerika Syarikat,sebagai alternatif kepada mesyuarat dua hala yang sedia ada.
Perkara itu boleh membuka ruang untuk dialog lebih efektif,terutama dalam isu-isu sensitif seperti Laut China Selatan dan perdagangan antarabangsa.