Tabung Umrah ANGKASA bantu rancang tunai ibadah secara sistematik

2025-02-21     HaiPress

Dr. Muhamad Razak Idris 

PUTRAJAYA,21 Februari- Peluncuran Tabung Umrah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bukan sekadar membantu perancangan menunaikan ibadah umrah dengan sistematik malah menjadi platform untuk menangani kes-kes penipuan pakej umrah yang berlaku saban tahun.

Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)Dr. Muhamad Razak Idrisberkata keupayaan ANGKASA dan MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) menguruskan dana secara profesional dan telus serta kolaborasi dengan syarikat pengendali umrah berlesen mampu meyakinkan peserta untuk menabung secara berterusan dan teratur.

"Inisiatif Tabung Umrah Angkasa ini akan menjadi platform dalam menangani kes-kes penipuan pakej umrah yang sering dilaporkan di media.

"Saya yakin profesionalisme yang dimiliki oleh Angkasa tidak akan mengulangi kesilapan-kesilapan yang akan menjejaskan integritiinstitusi penting ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa Majlis Peluncuran Tabung Umrah ANGKASA mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar di sini.

Hampir 1,800 majikan dan pekerja sektor awam serta swasta yang berdaftar bawah sistem potongan gaji Angkasa (SPGA) menjadi sasaran utama inisiatif tersebut termasuk individu muslim.

Menerusi kemudahan sistem itu peserta boleh menabung secara konsisten dengan pilihan deposit yang fleksibel.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.