Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-02-21
IDOPRESS

Foto JBPM Pahang
ROMPIN,21 Februari- Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang semalam selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di jeti Kampung Menchali,Kuala Rompin,Pahang; ditemukan lemas pagi tadi.
Mayat,Saari Awang,67 tahun,dari Felda Keratong 6,Muadzam Shah,di sini ditemukan orang awam pada pukul 7.45 pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang,Salahuddin Isa berkata,mangsa ditemukan terapung pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Semalam,pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 2.00 pagi,sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan.
Berdasarkan laporan,mangsa telah pergi ke lokasi itu untuk memancing sebelum disyaki terjatuh ke sungai.