Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-02-21
IDOPRESS

Foto Ihsan JBPM
SEREMBAN,21 Februari- Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sembilan menerima panggilan kecemasan kebakaran kilang melalui talian MERS 999 berkenaan berlakunya satu kebakaran kilang di KawasanPerindustrian Nilai 3,Seremban awal pagi Jumaat.
Sebanyak lapan buah jentera telah dikerah ke lokasi kebakaran dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai,Mantin,Seremban 2 dan Rantau dengan keanggotaan seramai 58 orang pegawai bomba.
Pasukan Keluaran Operasi Bomba dan Penyelamat telah tiba di lokasi kejadian pada pukul 8.00 pagi dan didapati kebakaran melibatkan banggunan kilang karpet yang telah musnah hampir keseluruhan akibat dijilat api.
Operasi pemadaman kebakaran telah dijalankan secarasegerasusulan terdapat beberapa risiko bahaya seperti runtuhan struktur dan arus elektrik untuk dibuat penilaian secara berterusan.
Punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan.