Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-02-21
IDOPRESS

Datuk Seri Lee Kim Shin ditemui media selepas merasmikan Persidangan Inovasi dan Teknologi Perniagaan (BIT) 2025 di Kuching
KUCHING,21 Februari- Kerangka hala tuju kenderaan elektrik (EV) Sarawak akan turut meliputi sektor pengangkutan air selain pembangunan rangkaian stesen pengecasan di seluruh negeri.
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata,peralihan ke arah penggunaan EV di Sarawak masih berada di peringkat awal,terutamanya di bandar-bandar utama,kerana jumlah pengguna kenderaan ini masih rendah.
Bagaimanapun,beliau menegaskan bahawa persiapan perlu dibuat seiring dengan perkembangan teknologi,khususnya dalam sistem pengecasan yang semakin maju.
"Sudah tentu,EV adalah salah satu bidang yang sedang kita beri perhatian. Selain itu,kita juga memberi fokus kepada kenderaan berkuasa hidrogen seperti bas.
"Namun,kita turut mempertimbangkan penggunaan EV bukan sahaja untuk pengangkutan darat,tetapi juga untuk sektor pengangkutan air,terutamanya bot dan kapal," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Inovasi dan Teknologi Perniagaan (BIT) 2025 di Kuching.
Persidangan tersebut berfungsi sebagai platform untuk pemain industri mempelajari,berkolaborasi,dan mengadaptasi teknologi semasa seperti Kecerdasan Buatan (AI),Internet of Things (IoT),pengkomputeran awan serta keselamatan siber dalam operasi perniagaan masing-masing.