Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-02-26
HaiPress

Sebelum ini,hujan lebat berterusan sejak dua hari lalu menyebabkan beberapa kawasan di Tanah Merah dilanda banjir
RANTAU PANJANG,26 Februari - Keadaan banjir di Tanah Merah pulih sepenuhnya selepas tiga pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup,pagi ini.
Operasi kesemua tiga PPS sebelum ini iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kulim,SK Gual Jedok dan Balai Raya Padang Kijang menempatkan 62 penduduk terjejas di tutup secara berperingkat sejak pukul 10.00 pagi tadi.
Menurut Penyelaras Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanah Merah Mohd Ahnaf Hanafi,penduduk dibenarkan pulang selepas air surut sepenuhnya sejak malam tadi.
Sementara itu,penduduk di Rantau Panjang,Pasir Mas bersiap sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan termasuk jika di minta berpindah,susulan peningkatan paras air Sungai Golok yang telah melepasi paras bahaya.
Tinjauan RTM turut mendapati beberapa kawasan perkampungan berhampiran sungai serta pekan Rantau Panjang telah mula di masuki air.
Setakat pukul 12.00 tengah hari,paras air Sungai Golok di rekodkan berada pada bacaan 10.30 meter. Keadaan cuaca di Pasir Mas dilaporkan cerah sejak pagi.