Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-02-27
HaiPress

Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid
KUALA LUMPUR,27 Februari- Penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) dijangka dapat meningkatkan keyakinan terhadap ketelusan ke arah mewujudkan ekosistem media yang bebas serta bertanggungjawab.
Profesor Jabatan Komunikasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid berkata,majlis media telah lama diperjuangkan oleh pengamal media dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat bagi penubuhan itu.
"...dan telah dibincang dihalusi dan sebagainya,akhirnya alhamdulillah kerajaan memberi tindakan untuk mewujudkan membawa perkara ini ke parlimen,dengan memberikan persetujuan.
"Jadi sekarang ini kita ingin melihat dari segi perjalanannya bagaimana ia dikendalikan dan pelaksanaan itu. Saya harap juga parlimen akan memberi peruntukan supaya Majlis Media Malaysia dapat berfungsi seperti yang diharapkan. Tanpa peruntukan majlis ini sukar untuk digerakkan," katanya ketika dihubungi RTM.
Semalam Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 telah diluluskan di Dewan Rakyat.