Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-03-03
HaiPress

Prestasi kewangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang kukuh terus memberi manfaat sebagai tulang belakang ekonomi negara / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,1 Mac – Prestasi kewangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang kukuh terus memberi manfaat sebagai tulang belakang ekonomi negara.
Felo Penyelidik Pusat Pembangunan Ekonomi dan Dasar,Universiti Malaysia Sabah (UMS),Dr. Izaan Jamil berpandangan syarikat tempatan itu memainkan peranan penting dalam menggerakkan ekonomi serta membantu rakyat secara tidak langsung.
“Ini memastikan jutaan rakyat Malaysia,termasuk pesara,menikmati faedah daripada keuntungan syarikat ini. Selain itu,ia turut memperkukuh kestabilan ekonomi negara untuk jangka panjang,” katanya ketika dihubungi RTM.
Tambah Dr. Izaan,TNB bukan sekadar pembekal tenaga elektrik,malah merupakan rakan strategik dalam pertumbuhan ekonomi negara.
“Apabila TNB berkembang,negara turut menerima limpahan ekonomi positif dan rakyat Malaysia mendapat manfaatnya,” katanya.