Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-03-03
IDOPRESS

Syarikat semikonduktor terkemuka dunia,ARM Holdings Plc,berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat operasinya / Foto Hiasan / Reuters
PUTRAJAYA,28 Februari – Syarikat semikonduktor terkemuka dunia,berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat operasinya.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu telah dibincangkan bersama Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan secara dalam talian,pagi tadi.
Menurutnya,kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan awal dan perjanjian dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat.
“Pagi tadi memang saya sempat bercakap dengan ARM dan pelabur 95 peratus ini adalah Masayoshi Son. Pihaknya minta supaya ARM Holdings Plc diterima,dan beberapa peraturan kita nampak sudah dipersetujui.
"Pada dasarnya,mungkin minggu depan dapat kita uruskan dan selesaikan. Dia juga bersetuju supaya perkara ini dapat diselesaikan sebelum bulan Ramadan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Logo Malaysia Madani (Singgah MADANI) di sebuah premis makanan,di sini.