Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-03-04
HaiPress

Foto BERNAMA
SHAH ALAM,4 Mac- Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan abai kanak-kanak autistik tersebut dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya,dua tahun lalu.
Hakim,Roszianayati Ahmad memutuskan perkara tersebut selepas menolak notis usul difailkan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf.
Hakim menjelaskan pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh tidak cacat,maka permohonan notis tersebut ditolak.
Susulan itu,perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya akan berlangsung seperti yang dijadualkan pada 11 Mac depan.