Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-03-04
HaiPress

Tangkap layar video stesen radio swasta
KUALA LUMPUR,4 Mac- Tiga penyampai stesen radio swasta telah digantung tugas,susulan kenyataan mereka menerusi satu hantaran video di platform media sosial stesen berkenaan yang didakwa mempersenda perayaan Thaipusam.
Menerusi satu kenyataan,Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengurusan tertinggi stesen radio berkenaan mengadakan pertemuan bersama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini berhubung perkara itu.
Selain itu berhubung perkara berbangkit,pihaknya akan terus mengadakan siasatan dalaman terperinci.
Pada masa sama pihak radio berkenaan menghargai maklum balas,teguran dan nasihat daripada pelbagai pihak dan sentiasamemastikan kandungan disiarkan mematuhi kesemua garis panduan dan keperluan ditetapkan.