Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-03-06
HaiPress

FOTO APM JASIN
MELAKA,6 Mac- Hujan lebat berterusan sejak 6.00 pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di dua daerah di Melaka iaitu Melaka Tengah dan Jasin dinaiki air.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak 34 kawasan terjejas melibatkan 32 kawasan di daerah Melaka Tengah dan dua di Jasin.
Susulan itu,tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka dan proses pendaftaran penduduk terjejas masih berjalan.
Dua PPS dibuka di Melaka Tengah iaitu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim dan Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong,manakala satu lagi di Jasin iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum,Merlimau.