Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-03-10
HaiPress

FOTO APM BEUFORT
KUALA LUMPUR,9 Mac- Keadaan banjir di Sabah dilapor semakin buruk apabila jumlah penduduk terjejas semakin bertambah.
Setakat pukul 8 malam tadi,jumlah penduduk terjejas meningkat kepada 3,579 orang.
Berdasarkan infografik Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah,kesemua penduduk melibatkan 1,203 keluarga ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS).
Banjir kali ini menjejaskan 37 kampung melibatkan lima daerah.
Di daerah Beaufort,1,202 penduduk berlindung di empat PPS manakala 737 penduduk ditempatkan di dua PPS di daerah Membakut.
741 penduduk berlindung di lapan PPS di daerah Tenom.
Sementara,di daerah Sook,763 penduduk ditempatkan di dua PPS dan 136 penduduk ditempatkan di dua PPS di daerah Keningau.