Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-03-11
HaiPress

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA,11 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Edgard D. Kagan petang ini.
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri,Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan pertemuan itu dijangka membincangkan hubungan serta kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.
"Dalam pertemuan ini,mereka dijangka akan membincangkan terkait soal hubungan dan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua negara meliputi pelbagai bidang.
"Selain itu,mereka juga dijangka akan menyentuh soal Kepengerusian ASEAN 2025,terutamanya melibatkan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan PMO Malaysia hari ini.