Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-03-12
IDOPRESS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Pengamal Media di Angkasapuri Kota Media/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,11 Mac- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada sepuluh veteran media.
Sumbangan berkenaan diharap dapat meringankan beban penerima yang sedang diuji masalah kesihatan sekali gus sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi mereka dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.
Penerima merupakan Mohd Zaini Sayuti,Salmah Mohsin dan Dzulkeffli Mustapha.
Turut menerima sumbangan,Hariyati Ariffin,Akmal Abdullah,Mohd Ali Majid,Fadzlon Ahmad dan Nik Mohamed Omar serta petugas,Hajrahbi Muhammad dan Mohd Ifqdar Abdul Rahman.
Perdana Menteri tiba di Angkasapuri Kota Media pada pukul 6.53 petang disambut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri,Teo Nie Ching bersempena dengan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengamal Media.
Pada majlis sama beliau turut meluangkan masa bertemu dengan kira-kira 500 pengamal media yang hadir.