Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-03-13
IDOPRESS

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan
KUALA LUMPUR,13 Mac- Sehingga 30 Jun tahun lalu,sebanyak 1,203 koperasi di Sarawak dengan keanggotaan 318,167 orang telah mempunyai nilai perolehan sebanyak RM207.7 juta.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan berkata,ia turut melibatkan modal syer dan yuran sebanyak RM228.5 juta dan jumlah aset sebanyak RM679.8 juta.
"Program pembangunan perniagaan bertujuan pengetahuan koperasi mengenai aspek pengurusan perniagaan yang terbaik di samping memperkukuh dan memperluaskan jaringan perniagaan sedia ada.
"Koperasi juga ada kerjasama strategik bersama sektor awam dan pemain industri bagi mempelbagaikan lagi aktiviti perniagaan sedia ada," katanya.
Kerjasama Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad bersama gerakan koperasi di Sarawak melalui Program Taklimat Produk Dan Perkhidmatan dalam industri pelancongan turut dilaksana.
Ia bertujuan meningkatkan pembangunan dan kemampanan koperasi di Sarawak.