Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-03-13
IDOPRESS

FOTO MBNPs
KANGAR,13 Mac- Bagi memperkasa pengurusan kewangan khususnya melibatkan persatuan belia dan sukan di Perlis,Majlis Belia Negeri Perlis (MBNPs) menjalinkan kerjasama strategik bersama Bank Simpanan Nasional (BSN).
Menurut Presiden Majlis Belia Negeri Perlis (MBNPs) Mohd Jeffry Hassan,inisiatif tersebut digerakkan bagi membuka peluang kepada mana-mana 70 persatuan belia yang aktif di Perlis untuk membuka akaun bank tanpa deposit menerusi Skim Zero Deposit bagi menguruskan persatuan masing-masing.
Pendekatan itu akan memudahkan pengurusan kewangan dilaksanakan secara sistematik dan telus,mempermudahkan penerimaan geran serta sumbangan dan memperkukuhkan kepercayaan pihak berkepentingan.
"Kerjasama strategik bersama Bank Simpanan Nasional ini juga membolehkan persatuan turut mendapat akses kepada pelbagai kemudahan perbankan bagi menyokong pembangunan aktiviti belia dan sukan di negeri ini," katanya.
Beliau memaklumkannya pada Pertemuan Meja Bulat antara Majlis Belia Negeri Perlis (MBNPs),Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Perlis dan Ibu Pejabat Bank Simpanan Nasional (BSN) di Kangar.
Kerjasama tersebut dijangka memberi impak positif kepada pertumbuhan dan keberkesanan gerakan belia dan sukan di Negeri Perlis.