Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-03-17
HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,16 Mac - Seramai 45,000 pengunjung disasarkan menghadiri program Iftar @ KL untuk edisi ke-13 yang berlangsung di Dataran Merdeka selama empat hari pada 15,16,22 dan 23 Mac ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Mohd Amran Mohd Haris berkata,objektif penganjuran program itu adalah meraikan warga kota termasuk pelancong asing untuk merasai dan menikmati budaya serta suasana berbuka puasa di Dataran Merdeka.
"Kita ada empat hari iaitu pada 15,22 dan 23 dan sasaran kami pada tahun ini lebih kurang 40,000 ke 45,000 untuk empat-empat hari terlibat. Jadi kalau kita lihat hari ini memang dipenuhi dengan lautan manusia yang berada di Jalan Raja dan di atas padang Dataran Merdeka.
"Kita harap untuk dua hari lagi pada 22 dan 23 akan disambut juga dengan kehadiran warga kota yang ramai,pengunjung-pengunjung dan pelancong asing yang datang yang sama-sama untuk merasai bagaimana pengalaman berbuka puasa di Dataran Merdeka dan di Malaysia itu sendiri," kata Mohd Amran kepada pemberita.
Tambah beliau,JKKN akan berusaha menambah baik dan meningkatkan kemudahan logistik seperti penyediaan khemah serta surau untuk keselesaan pengunjung pada penganjuran akan datang.