Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-03-17
HaiPress

Agrobank menyumbangkan zakat berjumlah RM180,000 kepada lebih 12 pertubuhan kebajikan di lapan wilayah di seluruh negara sempena perayaan Aidilfitri tahun ini / Foto RTM
KUALA LUMPUR,16 Mac – Agrobank menyumbangkan zakat berjumlah RM180,000 kepada lebih 12 pertubuhan kebajikan di lapan wilayah di seluruh negara sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya,Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata sumbangan itu bertujuan memastikan golongan asnaf dan anak-anak yatim tidak ketinggalan dalam meraikan sambutan Hari Raya.
"Program ini diadakan di seluruh Malaysia,termasuk pembahagian bubur lambuk dan majlis berbuka puasa di lapan buah masjid luar bandar. Kami juga bekerjasama dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dalam menjayakan sumbangan zakat ini," katanyakepada pemberita pada program Iftar @ KL di Dataran Merdeka,di sini.
Terdahulu,Agrobank turut menyumbangkan zakat bernilai RM10,000 kepada pertubuhan anak yatim serta pelajar asnaf dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sempena program Iftar @ KL anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.