Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-03-17
IDOPRESS

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Senator Datuk Mohd Naim Mokhtar / Foto Bernama
KUALA TERENGGANU,16 Mac – Orang ramai diminta melaporkan kepada pihak berwajib sekiranya terdapat ilmuan agama yang terlibat dalam kesalahan menyalahi undang-undang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Senator Datuk Mohd Na'im Mokhtar menegaskan sebarang siasatan dan tindakan hanya boleh diambil selepas laporan rasmi dikemukakan.
Beliau menjelaskan laporan yang dibuat akan membantu pihak berkuasa agama atau badan berkaitan dalam mengambil tindakan yang adil dan mengikut prosedur terhadap individu terbabit.
“Jika jabatan agama atau badan berkuasa negeri ingin menarik balik tauliah seseorang guru agama,ia tidak boleh dilakukan tanpa sebarang sabitan kesalahan. Oleh itu,saya berharap masyarakat segera melaporkan jika mengetahui sebarang pelanggaran undang-undang supaya tindakan yang adil dapat diambil,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Iftar dan Penjenamaan Semula Hotel Wakaf,Grand Puteri Hotel,di sini.
BERITA BERKAITAN:
JAIS semak status tauliah individu terlibat insiden keganasan di Kajang