Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-03-19
HaiPress

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif Program Budi MARA sepanjang tahun lalu / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,19 Mac – Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif Program Budi MARA sepanjang tahun lalu.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah,Datuk Rubiah Wang berkata inisiatif tersebut dilaksanakan bagi menyediakan peluang pendidikan yang saksama serta membangunkan pasaran pekerjaan yang mampan,khusus untuk pelajar luar bandar.
Selain itu,MARA turut memperkasa pembangunan modal insan dengan memperluaskan laluan kerjaya serta memastikan jaminan peluang pekerjaan kepada graduan.
Langkah tersebut termasuk memberi kemahiran dalam bidang teknologi baharu kepada pelajar.
“MARA juga melaksanakan program Career Crafting dengan kerjasama pihak industri bagi memberi peluang penempatan pekerjaan kepada graduan. Program ini dijalankan di empat zon utama iaitu Utara,Timur,Tengah,dan Selatan. Pada tahun 2024,seramai 2,034 pengunjung telah menerima tawaran kerja menerusi program ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Abdul Halim Suleiman di Dewan Negara,di sini.