Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-03-20
IDOPRESS

Fasa peralihan monsun dijangka bermula 25 Mac ini dan berterusan hingga Mei,menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,20 Mac – Fasa peralihan monsun dijangka bermula 25 Mac ini dan berterusan hingga Mei,menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia),Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata semasa fasa tersebut,negara akan mengalami tiupan angin lemah dari pelbagai arah.
Keadaan tersebut boleh menggalakkan pembentukan awan ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh singkat,terutama pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan barat serta pedalaman Semenanjung,barat Sabah dan Sarawak.
"Fenomena cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai agar berwaspada sepanjang tempoh peralihan itu serta sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui laman web rasmi,aplikasi myCuaca,dan media sosial rasmi jabatan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada MetMalaysia melalui talian 1-300-22-1638.