Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-04-03
IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,28 Mac- Sapura Energy Bhd (SEB) kembali mencatat keuntungan bersih sebanyak RM189.53 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2025,berbanding kerugian bersih RM508.66 juta yang direkodkan tahun sebelumnya.
Hasil syarikat meningkat 8.9 peratus kepada RM4.70 bilion,berbanding RM4.32 bilion sebelum ini,didorong oleh segmen operasi dan penyelenggaraan yang dipacu pelaksanaan projek baharu.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia,SEB menyatakan hasil segmen kejuruteraan dan pembinaan turut meningkat berikutan kemajuan projek sedia ada serta pelaksanaan projek baharu. Namun,segmen penggerudian mencatat sedikit penurunan akibat penggunaan pelantar yang lebih rendah.
Syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu optimis meneruskan momentum pemulihan dengan nilai perolehan kontrak kumpulan kini mencecah RM8.5 bilion,pencapaian tertinggi dalam beberapa tahun.
SEB kini dalam fasa akhir memuktamadkan Pelan Pemulihan,yang dijangka membolehkannya keluar daripada status Notis Amalan 17 (PN17) dalam masa terdekat.