Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-04-07
HaiPress

Foto APM Batu Pahat
BATU PAHAT,6 April- Jumlah penduduk terjejas banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading,Batu Pahat,Johor meningkat kepada 321 orang,setakat pukul 8.00 malam.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah,PPS itu menempatkan 107 buah keluarga dari Kampung Baharu,Batu Pahat.
PPS berkenaan dibuka pada pukul 2.00 petang semalam,susulan banjir kilat yang melanda kampung berkenaan.
Sungai Senggarang merekodkan paras amaran iaitu 3.36 meter. Manakala,Sungai Batu Pahat mencatatkan paras waspada,2.30 meter.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor terus melakukan pemantauan di lokasi berisiko.