Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-04-07
HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,4 April - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif menutup minggu ini dengan lebih rendah,sejajar dengan harga emas antarabangsa berikutan pengumuman tarif pertengahan minggu Donald Trump,kata penganalisis.
Pengumuman tersebut mencetuskan jualan besar-besaran dalam ekuiti dan emas disebabkan ketidakpastian yang tinggi mengenai implikasi pergerakan tarif dengan harga emas jatuh ke tahap terendahnya dalam seminggu.
Pada penutup hari ini,April 2025 susut kepada US$3,105.20 setiap auns troy daripada US$3,134.60 setiap auns troy yang dicatatkan semalam.
Mei 2025 berkurangan kepada US$3,118.00 setiap auns troy berbanding US$3,147.40 setiap auns troy sebelum ini.
Jun 2025,Julai 2025 dan Ogos 2025 semuanya melemah kepada US$3,126.80 setiap auns troy daripada US$3,160.20 setiap auns troy.
Jumlah dagangan jatuh kepada 114 lot berbanding 191 lot semalam,manakala kepentingan terbuka menyempit kepada 141 kontrak daripada 262 kontrak.
Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 3 April,harga emas fizikal berada pada US$3,118.10 setiap auns troy. - BERNAMA