Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-04-07
IDOPRESS

Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi
KUANTAN,6 April- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada sebuah keluarga di Taman Cenderawasih,Kuantan,Pahang yang kini berdepan ujian hidup.
Menerusi perkongsian di Facebook,sumbangan berbentuk wang tunai dan bakul makanan disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri,Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada Azmi Mamat.
"Saya menziarahi Encik Azmi Bin Mamat,seorang bapa yang menggalas tanggungjawab besar dalam keadaan yang penuh ujian. Beliau terpaksa menyara keluarga dengan mengutip besi buruk di sekitar Indera Mahkota",katanya.
"Baru-baru ini,isterinya dan anaknya cedera akibat kemalangan. Isterinya mengalami patah tulang rusuk manakala anaknya patah bahu dan kaki kanan. Kini,keadaan mereka masih dalam pemantauan doktor.
Lima daripada enam anaknya masih bersekolah dan anak sulungnya melanjutkan pengajian di universiti.
Prihatin dengan keadaan keluarga ini,Perdana Menteri tampil beri sumbangan yang diharap dapat memberi kelegaan dan mempermudahkan urusan mereka sekeluarga.