Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-04-14
HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,12 April – Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan negara anggota Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) berjaya dimuktamadkan semalam,menurut kenyataan Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI).
EFTA kini dianggotai oleh empat negara iaitu Iceland,Liechtenstein,Norway dan Switzerland.
MITI memaklumkan perjanjian tersebut,yang dinamakan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (MEEPA),dijadualkan akan ditandatangani secara rasmi oleh pihak-pihak terlibat menjelang bulan Jun tahun ini.
“Skop MEEPA merangkumi bidang utama seperti perdagangan barangan dan perkhidmatan,pelaburan,hak harta intelek,persaingan serta pemerolehan kerajaan,” kata kenyataan itu.
Melalui MEEPA,Malaysia bakal menerima manfaat seperti layanan keutamaan secara kekal bagi akses pasaran kepada pengeksport tempatan.
Ketika ini,Malaysia menikmati pengurangan tarif eksport menerusi Sistem Keutamaan Umum (GSP),iaitu satu skim unilateral yang memberikan keutamaan tarif secara sementara.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz,berkata kepastian dan kestabilan yang ditawarkan menerusi MEEPA akan memberikan sokongan kukuh kepada para pengeksport Malaysia.
“Ia turut memperkukuh kerjasama ekonomi jangka panjang Malaysia dengan negara-negara anggota EFTA,” katanya.