Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-04-14
HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,13 April - Ringgit dijangka meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat minggu depan dan diniagakan antara paras RM4.41 danRM4.42.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata,pergerakan Indeks Dolar akan menjadi tumpuan,selepassusut kepada 99.758 mata Khamis lalu.
Sekiranya indeks dolar kekal lemah,ringgit berpotensi untuk terus meningkat.
Katanya,perang perdagangan Amerika Syarikat - China yang berlaku ketika ini kekal sebagai faktor utama mempengaruhi sentimen pasaran.
Sementara itu,Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes menjangkakan,pasaran pertukaran asing akan stabil minggu depan.
Kesan perang perdagangan semakin redaapabila ia beralih daripada kebimbangan yang didorong dasar kepada perkara berkaitan politik.
Bagi minggu baru berakhir,ringgit naik kepada RM4.42 berbanding dolar daripada RM4.43 minggu lepas.
Berbanding mata wang negara ASEAN,ringgit didagangkan kebanyakannya bercampur-campur.