Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-04-14
IDOPRESS

Foto Reuters
JOHOR BAHRU,14 April - Malaysia akan menghantar seramai 35 pegawai perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Myamnar bagi melaksanakan misi kemanusiaan,susulan bencana gempa bumi yang berlaku di negara itu,pada 28 Mac lalu.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,cadangan itu dibuat selepas Kerajaan Persekutuan secara prinsip bersetuju mendirikan Hospital Medan Malaysia di negara itu.
"Kapasiti dan lokasi hospital itu,akan ditentukan selepas mendapat kebenaran daripada kerajaan Myanmar. Malaysia juga akan meminta kerjasama kerajaan Myanmar,bagi mengenal pasti lokasi yang selamat untuk pengoperasian hospital medan itu," kata Khaled Nordin.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan sebuah pam minyak di Bandar Seri Alam,di sini.
Hospital medan tersebut akan memberikan rawatan ortopedik dan trauma,menyediakan pembedahan kecemasan bagi mangsa mengalami kecederaan seperti patah tulang.
Rawatan tersebut,mampu mengurangkan risiko kecacatan kepada mangsa terlibat.