Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-04-14
IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,12 April- Prinsip untuk terus berdagang secara bebas dan terbuka adalah langkah strategik untuk menjadi lebih proaktif menghadapi cabaran global.
Pensyarah Kanan Putra Business School,Dr. Ida Md Yasin berkata,pendekatan itu membolehkan Malaysia meneroka pasaran baharu serta memperkukuh rundingan diplomatik.
Jelasnya,usaha itu juga bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran tunggal dan memastikan kestabilan ekonomi jangka panjang selain melindungi industri domestik negara.
"Jadi kita boleh katakan dari segi jangka sederhana dan jangka panjangnya,kita harus terus menerus mengadakan hubungan yang baik dengan rakan dagang di negara negara yang lain.
"Cuma setakat ini hanya Amerika sahaja yang mengambil tindakan 'pelindung perdagangan' ini ya tidak lagi pada negara-negara yang lain," katanya.
Sementara itu,katanya keputusan Amerika Syarikat untuk menaikkan tarif balas dilihat bercanggah dengan semangat perdagangan bebas.
Justeru,Malaysia perlu merangka strategi untuk mengukuhkan daya saing ekonomi dalam persekitaran global.