Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-04-14
IDOPRESS

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,13 April - Analisis baharu mengenai impak susulan perubahan terkini tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap ekonomi negara akan dibentangkan pada mesyuarat Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) esok,kata Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Setiap hari ada perkembangan baharu. Terkini,(Presiden Donald) Trump beri pengecualian tarif untuk telefon pintar dan komputer.
"Perubahan macam ni memaksa kita buat analisis baru dengan segera untuk tahu impaknya pada ekonomi negara. Analisis tepat,strategi pun tepat," katanya menerusi hantaran di laman X hari ini.
Pada 7 April,Tengku Zafrul berkata NGCC diaktifkan bagi tujuan menangani kesan tarif AS.-BERNAMA