Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-04-15
IDOPRESS

FOTO FACEBOOK Dato' Setia Dr. Naim
Kota Kinabalu,14 April- Lembaga Tabung Haji (TH) komited untuk menambah kuota jemaah haji bagi musim 1446H/2025M bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menunaikan rukun Islam kelima itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar berkata permohonan rasmi penambahan kuota telah dihantar kepada Kerajaan Arab Saudi dan ketika ini Malaysia sedang menunggu keputusan balas daripada pihak berkuasa negara itu.
"Kita harapkan dan kita berdoa agar Malaysia akan diberikan kuota tambahan tersebut supaya lebih ramai jemaah haji yang menunggu dapat menunaikan haji.
"Sekarang ini kita menerima rayuan sebanyak 85,000 untuk musim haji 2025," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan Kunjungan Hormat terhadapYang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.
Untuk musim haji tahun ini,kuota rasmi jemaah Malaysia yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi adalah seramai 31,600 orang.