Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-04-15
IDOPRESS

Bekas Menteri Luar Tan Sri Dr Syed Hamid Albar
KUALA LUMPUR,15 April - Pemergian Perdana Menteri kelima,Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu kehilangan besar buat negara.
Bekas Menteri Luar Tan Sri Dr Syed Hamid Albar menyifatkan allahyarham sebagai pemimpin yang berdedikasi,mesra dan membawa perubahan kepada pentadbiran negara.
Beliau berkata allahyarham bukan sahaja disenangi dalam kalangan menteri kabinet terdahulu,malah dalam kalangan pemimpin luar.
“Pemimpin yang cukup dedikasi kepada dia punya tugas,yang sederhana membawa kepada Islam hadhari. Dia bercakap berkenaan kegemilangan,kecemerlangan dan terbilang. Cara,pendekatan dia mesra kepada rakyat,mesra kepada pentadbiran,pengurusan.
“Saya selalu dengan dia sebagai menteri luar. Bukan sahaja dia seorang bos tapi dia (allahyarham) seorang kawan dan macam sahabat dan saya tengok pemimpin luarpun mesra dengan dia”,kata Syed Hamid Albar.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di kediaman rasmi di ibu negara.