Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-04-18
IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,17 April- Malaysia secara rasmi mendapat kelulusan mengeksport buah kelapa segar ke pasaran China menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan China sempena lawatan negara tiga hari Presiden China,Xi Jinping ke Malaysia.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabu dalam satu kenyataan memaklumkan perkara itu dicapai hasil usaha dan rundingan berterusan antara Malaysia dan China dalam mengukuhkan hubungan perdagangan yang telah lama terjalin.
"Semalam,menjadi detik bersejarah bagi sektor pertanian negara apabila berlangsungnya sesi pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan China,menerusi Protokol Keperluan Fitosanitari antara Pentadbiran Am Kastam Republik Rakyat China (GACC) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi eksport buah kelapa segar dari Malaysia ke China," menurut kenyataan itu.
Pemeteraian Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Kelapa Segar dari Malaysia ke China antara KPKM dan GACC dilihat dapat memastikan kebolehpasaran dan daya saing kelapa segara tempatan di pasaran tersebut serta menggalakan amalan pertanian lebih teratur.
Ia juga membuktikan komitmen kerajaan bagi mengukuhkan keterjaminan makanan dan meningkatkan hasil eksport negara.
Kerajaan juga akan terus memastikan hasil pertanian tempatan mendapat tempat di pasaran antarabangsa sekali gus jana pendapatan yang lebih tinggi.