Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-04-21
IDOPRESS

Foto RTM
KANGAR,21 April - Pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di semua institusi pendidikan di Perlis bermula hari ini.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan Gan Ay Ling,ia melibatkan 47,000 murid iaitu 74 buah sekolah rendah dan 30 buah sekolah menengah seluruh negeri itu.
"Inisiatif tersebut dilihat sebagai usaha bagi memperkukuh rasa cinta terhadap negara dalam kalangan generasi muda,sejajar dengan peranan institusi pendidikan dalam memupuk nilai-nilai kebangsaan," kata Gan Ay Ling.
Beliau memaklumkannya pada Majlis Pelancaran Pemakaian Lencana Jalur Gemilang di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Khoon Aik,di sini.