Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-04-22
IDOPRESS

Datuk Seri Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA,22 April- Satu sidang khas Dewan Rakyat akan diadakan di Parlimen pada 5 Mei ini,ringkas jawapan diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara itu untuk membincangkan isu tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) kepada rakan dagang antarabangsa termasuk Malaysia.
"Ada...ada... 5 Mei? Ya...," katanya ringkas kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini.
Tujuan sidang khas berkenaan akan membuka ruang kepada ahli Parlimen dari kedua-dua pihak untuk membahaskan isu tarif AS tersebut.
Pada 3 April lalu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan negara itu akan memperkenalkan tarif asas sebanyak 10 peratus kepada semua negara dan duti lebih tinggi melibatkan beberapa negara termasuk Malaysia sebanyak 24 peratus.
Namun ia telah ditangguhkan selama 90 hari sebelum tarif baharu dikuatkuasakan.