Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-04-22
IDOPRESS

Foto REUTERS
HONG KONG,21 April-Harga emas mencatatkan rekod baharu pada Isnin manakala dolar Amerika Syarikat terus melemah,dan pasaran saham dunia menunjukkan prestasi bercampur-campur di tengah-tengah kebimbangan terhadap tindakan tarif agresif Presiden Donald Trump serta pertelingkahannya dengan Rizab Persekutuan (Fed).
Dengan beberapa pasaran masih ditutup sempena cuti Easter,aktiviti dagangan agak terhad menjelang minggu penting yang menyaksikan pengumuman data utama yang dijangka memberi gambaran tentang kesan perang perdagangan yang dilancarkan oleh Presiden AS.
Kebimbangan terhadap prospek ekonomi global mendorong pelabur beralih kepada aset selamat,dengan harga emas melonjak ke paras tertinggi melepasi AS$3,384.
Peningkatan harga itu turut disokong oleh kejatuhan nilai dolar akibat kebimbangan terhadap pertelingkahan Trump dengan Pengerusi Fed,Jerome Powell.
Dolar kini susut berbanding mata wang utama dunia,dengan yen dan euro menjadi antara mata wang paling kukuh.
Sementara itu,pasaran saham memulakan minggu ini dengan prestasi bercampur-campur,dengan pasaran Tokyo terjejas akibat pengukuhan yen manakala Taipei turut mencatatkan penurunan.
Namun,Shanghai,Seoul,Singapura,Manila dan Jakarta menunjukkan peningkatan.
Harga minyak pula menurun disebabkan kebimbangan terhadap permintaan global di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi dunia.
Pedagang kini menumpukan perhatian kepada pengumuman data pembuatan bagi April dari seluruh dunia minggu ini,bagi menilai kesan awal tarif dikenakan oleh Trump.-AFP.